Curry
Assalamualaikum
Well, tajuk kita harini adalah curry. Dalam melayu kari lah kan. Okay act aku sebenarnya nak kongsi resepi kari. kahkahkah tak penah-penah berkongsi resepi ye dak?
Aku tidak lah begitu pandai memasak but i CAN cook. Ramai kata masak ni susah tapi hey tak susah mana pon lah. Masak tu kau macam campak-campak je pastu siap. Amboi kemain lagi. Hahaha
Kalau tiba masa aku rajin masak haa menu pilihan masakan aku adalah asam pedas, kari, kurma, masak lemak, makanan bergoreng dan juga yang bersambal. Ni pon kalau aku rajin la :P
_________________________________________________________________
Bahan-bahan:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
santan
serbuk kari ayam/ikan
ayam/ikan
sedikit minyak
sedikit garam
air secukupnya
Cara-cara:
1. Tumbuk atau blend bawang besar, bawang putih dan halia. Biasa aku blend je sebab cepat.
2. Bancuh serbuk kari. Nak bancuh berapa banyak serbuk kari pon ikot korang la. Aku suka banyak sebab baru rasa rempah XD
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dah di-blend tadi.
4. Bila dah naik bau(sebenarnya aku pon taktau maksud naik bau tu camne tapi main agak je) masukkan bancuhan serbuk kari tadi. Biarkan lama sikit bagi masak.
5. Masukkan ayam/ikan.
6. Masukkan santan. Tunggu sampai masak
7. Masukkan garam ikot suka.
8. Siap!
_________________________________________________________________
Kalau nak masukkan kentang ke tomato ke pon boleh. tapi masukkan lepas korang masukkan ayam. Dan sebenarnya aku pon konfius masukkan santan dulu ke ayam dulu. Bhahaha! tapi lantaklah kekadang tu aku tengok je resepi dekat belakang serbuk kari tu.
Dan sebenarnya kalau nak kari korang tu sedap kene ada ada kayu manis dan bunga lawang. Aku selalunya tak tumiskan benda-benda tu pon sebab aku selalu tak jumpa mana mak aku letak benda alah tu. Muehehe
Dan kadang-kadang tu aku masak tak pakai santan pon sebab bile dah pertengahan masak eh santan takde? So boleh ganti dengan air. Barulah jadi kari yang sihat. kahkahkah
Setakat ni kari aku edible dan takde yang mati akibat keracunan. So, resepi ni valid dan tidak perlu ragu-ragu. Sekian saja perkongsian resepi hari ini. Bye
Thanks for reading !

Comments