Universal Studio Singapore Trip with BFF.


Assalamualaikum

Sebab haritu dah kate nak update trip ke USS kan. So here we go ;)
*Entry ini agak panjang dan mengandungi cara-cara untuk pergi ke USS dengan menggunakan bas. Harap tabah wkwkwk 


Trip ni ktorg dah lame rancang tapi preparation last minute sebab masing-masing busy la konon-konon. Semua tempah last minute from bus ticket to USS ticket. So ini trip first aku ke oversea alahhhh oversea la sangat dan this trip fully by bus. So we don't have any idea macam mana suasana nye nanti.


Untuk tiket bas dan USS tiket ktorg tempah online sebab cepat dan nanti takpayah dah nak kene beratur beli tiket masa nak masuk USS. And btw ktorg tak pegi ikut trip ramai-ramai tu sebab hmm biasa la last minute kan. bhahaha! 



Ni masa tengah tunggu bas. Trip ni ktorg pegi 3 orang je. Macam mana ktorg sampai ke USS? So let's check it out ! 


So, ktorg naik bas pukul 11 malam 7 july 2013 dari Terminal Bersepadu Selatan(TBS) sampai Larkin, Johor. One way hanya RM 31.10 untuk seorang. Murah la jugak. Sampai larkin dalam pukul 3 pagi. So lepak dekat kfc sampai pukul 5 pagi sambil makan bubur ayam. Lepas tu pegi surau untuk solat subuh. 


Around pukul 6.30 pagi ktorg naik bas dari Larkin ke CIQ. Nama bas tu dah lupa but boleh tanya pakcik makcik dekat situ. Tambang seorang hanya RM 1.70. Dah sampai CIQ ktorg terus naik pegi immigration untuk scan pasport and after that terus pergi ke tempat bas. Sebab ktorg nak pergi ke USS so ktorg naik bas TS8 Transtar dari CIQ tadi. Dekat CIQ banyak platform bas dan platform bas transtar ke USS dekat Platform B, Bay 16 & 17. Bas ni warna merah tau dan tambang seorang hanya RM 5 sahaja. Tapi ini bukan bas express, bas ni bas yang berhenti-berhenti dan USS adalah last destination. 




Bas yang gerak dari CIQ tadi akan berhenti dekat woodland sebab kita akan cop pasport sekali lagi dan dekat sini kita akan fill up satu kad putih. So jangan lupa isi dan beratur untuk cop pasport. After that, ktorg cepat-cepat turun dan cari balik bas yang naik tadi. Bas transtar akan tunggu dekat parking belah kiri lepas turun tangga. Tapi nasib ktorg kurang baik sebab bas yang ktorg naik tadi dah pegi tinggalkan ktorg. sobss 


Tapi don't worry sebab kita boleh tunggu bas transtar yang lain dan naik menggunakan tiket bas yang sama. Dan tolong la simpan tiket bas kalau tak korang kene bayar sekali lagi. Ktorg lambat beberapa minit je kot sebab kelam kabut isi kad putih tu lagi-lagi orang ramai sebab nak pegi keje kan. Around 45 minit jugak lah tunggu bas datang. 






After sejam lebih hello USS ! Turun bas je terus serbu globe nie. Bergambar dulu sebagai kenang-kenangan. Hiks ! Walaupun ktorg pegi weekdays orang tetap ramai. Bole bayang tak kalau pegi weekend? 


Lepas bergambar semua, terus pegi ke kaunter untuk ambil tiket dan tak perlu beratur panjang lagi. Dan itulah kelebihan beli tiket secara online. Hihi 
Sebab beli tiket online jugak ktorg dapat 1 tiket free sebab ade promo untuk mastercard (beli 3 percuma 1). Tiket yang free tu ktorg jual dekat sana dengan harga yang murah sikit berbanding beli dekat kaunter. Harga asal dalam 67 SGD tapi ktorg jual 60 SGD. Murah kan? hihi Sementara dorg cari pembeli aku beratur dulu sebab orang kemain ramai. 





Tadaa inilah tiket kami ! comel kan. Feeling kanak-kanak sangat hakhakhak








Sambil beratur sambil bergambar. Tolonglah masa itu kan emas jadi jangan buang masa :P

Dalam USS ni ada 7 zon. Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, Lost World, Far Far Away dan Madagascar. 



Yang ni dekat Hollywood. Terserempak pulak dengan awek cun ni so ambil la gambar sekejap. Hewhew Enough bergambar ktorg plan terus pegi Sci-Fi City sebab nak naik transformer. 





Otw nak ke transformer terjumpa Sesame street performance. Ni dekat New York Zone. 







Kat sini ktorg beratur yang single ride sebab nak cepat. Malangnya sejam jugak beratur sebab delay. But ride ni sangat recommended ! Seronok sangat :D 




Next, Battlestar Gallactica. Ride ni ada 2 jenis iaitu human dan cyclon. First, ktorg pegi yang human. Beratur kat sini dalam setengah jam. Sebab ini adalah first time aku naik roller coaster, sambil beratur sambil excited wkwkwk
Best sangat tapi hampir gugur jantung tahu tak. Lepas turun rase pening sampai lemah semua sendi T_T


Lepas tu pegi beratur untuk cyclon pulak. Ade la dalam 20 minit beratur tibe-tibe announce yang ride ni diberhentikan sekejap sebab hujan. Terus ktorg decide keluar pegi Revenge of The Mummy dekat Ancient Egypt. Memang redah jela hujan dan ktorg prefer single ride jugak. Walaupun tak dapat naik bersama-sama tapi ia tetap awesome. Ecehh kemain ! 


Sementara menunggu giliran ktorg makan keropok yang telah berjaya diseludup masuk. Ingat ye NO FOOD is Allowed ! Hahaha !! Tapi rase tenang dan damai je dapat makan sambil orang yang beratur kat sebelah jeling-jeling. Kenapa bro? jeles ke tengok ktorg makan :P


Sebenarnya aku taktau pon yang mummy ni jugak sejenis roller coaster. Tapi ride ni memang best giler cuma yang tak tahan masa dia menjunam ke bawah. Masa ni sumpah tak paham kenapa orang bunuh diri. Woi giler seram tahu tak?!!! Lepas turun tu akan ade kaunter yang jual gambar kita masa naik ride. Tapi mahal giler gambar tu so tak berbaloi nak beli walaupun aku tersenyum riang naik ride yang hampir memutuskan urat punggung aku -_-


Hujan dah berhenti dan ktorg pon pegi balik dekat cyclon ride tadi. Tapi aku tak naik sebab pening yang teramat sangat dan kalau aku muntah itu adalah perkara yang sangat memalukan muahaha so hanya mereka berdua je yang meneruskan perjuangan. 


Disebabkan terkilan tak dapat naik bersama mereka aku pon pegi solat harap-harap dapat menenangkan jiwa. Alhamdulillah lepas solat aku terjumpa M&M yang aku bawak dan aku terus bersemangat untuk tunggu dorang turun dari ride. Okay drama sangat. Padahal dorg dah lame turun dan pusing USS cari aku. Hahaha









Yang ni tak ingat kat mana tapi kalau tak silap dekat Lost World. Dekat sini ktorg tak naik pon ride sebab ramai sangat orang beratur dan kene tunggu sejam baru dapat naik. 


Next ktorg pegi Far Far Away. Kat sini ade Shrek ! Yeayyy :D







Ini lah orang-orang yang excited nak tengok Shrek 4-D. 




Have you seen this Ogre?! Sangat cool tau 4-D nie. mesti tengok ! Hee~ 








Alololooo omeyy nyee kawan kite hihihi Kat sini ktorg naik Merry-go-round. So feeling-feeling kiut macam kanak-kanak muahaha ! 





Ape pandang-pandang? Tak penah tengok orang excited ke :P 








Kami takkan terpisah. Kami buddies ! Kami Madagascar !! *genggam tangan*




Yang terakhir ktorg naik Spaghetti Space Chase dekat New York Zone !! :) 
Ride yang paling calm sebab more to kanak-kanak punya style. Sebenarnya dah beratur kat sini tapi ktorg lari pegi Steven Spielberg pastu ktorg lari balik pegi sini sebab rase yang ni lagi best dan cool untuk orang kiut macam ktorg. Hahaha 







Alahhh omeyynye ride nie. Sedangkan orang tua pon naik apatah lagi kami yang muda belia nie heee :') 




Siap tepuk tangan sebab gembira dan terharu konon-konon impian menjadi kenyataan XD 




Dah besar baru dapat jumpa makhluk dalam tv. hikhik 




Mel's Dinettes. Performance ni dekat Hollywood Zone. Sambil dengar sambil menari bersama-sama mereka :P




Ramai sangat orang nak bergambar dengan akak nie so snap gambar macam ni jela. Jimat masa ! Hewhew






Operasi mencari souvenir. Mostly harga barang-barang dekat sini agak mahal. Bantal yang macam kat atas tu dalam 30+ SGD. Kalau convert duit kita dalam RM 75+. So carik yang murah-murah jela ye mak tak mampu nak bazirkan duit untuk itu bhahaha!   




Supaya tidak terkilan mari bergambar tanda kenangan ! 




Best Daughter Award ! Identiti penerima terpaksa dirahsiakan muaahahaha XD 




Bergambar selagi boleh. Kan dah kate tadi masa itu emas ! 




Macam nie pon boleh ! Muehehe









(Population: Glamorous) Ehemm !




Kung Fu Panda ! onyonyonyoo comel nyew :') Hanya gambar ini yang menjadi kenangan sebab masa sangat tidak mengizinkan. sobss 


So, lagi 5 minit pukul 6 ktorg terus keluar sebab bas Transtar gerak tepat kol 6. Tambang dari USS ke CIQ adalah 5 SGD seorang. Ktorg gerak awal sebab bas balik KL pukul 9.45 malam. kalau gerak lambat takut tak sempat. Kali nie bile sampai Woodland ktorg berlari naik immigration sebab taknak kene tinggal bas macam pagi tadi dan kali ni ktorg berjaya ! 

We are the champions~ 
We are the champions~
No time for losers cause we are the champions~~~


So lepas tu bila sampai CIQ ktorg takde rush-rush dah. Jalan macam biasa watlek watchill je. Pastu naik bas ke Larkin yang tambang balik lagi murah dari pegi pagi tadi. Sungguh ku tidak mengerti. RM 1.50 seorang. Sampai Larkin pukul 7.40 malam. Tukar baju dan solat kemudian pegi makan. 


Haaa lagi satu ktorg tak makan pon dekat USS. Weh asal ko tak makan ?? Rugi kot. makanan kat sana sedap wey (suara-suara asing).


Ktorg bawak bekalan seperti roti, keropok, air soya, M&M, biskut serta air masak. Amboi macam nak berkelah ! lagipon kalau ktorg makan kat sana sape nak makan makanan yang ktorg bawak semua nie hakhakhak


Pukul 9.45 malam bas gerak balik KL and around 1.30 pagi dah sampai. Hihi  
So, this is how we make this trip real. Although it just three of us but we enjoyed the whole time. Bukan senang nak dapat free time pegi trip macam ni. Thankyou bestfriends for this enjoyable and awesome trip ! Me heart you bebeh ! *kiss sikit XD 


Till then good bye and thankyou for reading :) 








Comments

nabilah amran said…
mohon jadi leader utk trip biotech ke USS..!!!!haha >_<
Farahin Ahmad said…
hahaha. eh bole2. jommmm jommm :P
Siti Hajar said…
weyh! detail giler kau cerita... ak agak2 je semua sebab tak igt sangat dah. haha. tapi cun la kau cerita!
Farahin Ahmad said…
Hihii macehhh awakkk ;D
nabilahnana said…
salam tumpang tanya . dri uss nk balik jb naik bus ape yer ?
Sabrina said…
Salam nak tanya nak naik roller coaster, transformer ride semua tuh kena bayar ke?
Farahin Ahmad said…
nabilahnana: wslm..naik bas transtar 5 SGD je :)

sabrina: wslm..once dah beli tiket masuk uss semua ride boleh naik tak kesah brape kali ;)
Anonymous said…
salam, tiket bas dari CIQ ke USS beli dekat CIQ ke ?
JESS said…
Hi Farahin. :) Sharing yang bagus. Informative. Thanks. By the way, if anyone interested to buy Entrance Tickets of Singapore at promotion price - you can also contact me. :) My location in Johor Bahru. All kinds of tickets available such as: USS - SEA AQUARIUM - NIGHT SAFARI - CABLE CAR - SINGAPORE ZOO - MADAME TUSSAUDS - WINGS OF TIME - GARDEN BY THE BAY & etc! Visit Love Travel on Facebook! CLICK here >> www.facebook.com/lovetravel86
From: JESSICA HP: +6017-7055381 EMAIL: jessica.travel8686@gmail.com
Anonymous said…
Camne nak dari uss balik larkin ea

Popular Posts